Wednesday, February 16, 2011

Kenyataan Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman,Ketua Menteri Sabah mengenai KEPUTUSAN KERAJAAN UNTUK TIDAK MEMBINA Loji Janakuasa Arang Batu di Sabah

16 Februari 2011

Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membangunkan sumber tenaga alternative iaitu dengan menggunakan gas bagi memenuhi keperluan bekalan tenaga di Sabah.

Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Y.A.B. Perdana Menteri, yang bukan sahaja memberikan perhatian yang serius kepada keperluan bekalan tenaga di Sabah, bahkan juga keperihatinan yang tinggi terhadap alam sekitar kita.

Y.A.B. Perdana Menteri amat memahami bahawa sementara kita perlu meningkatkan keupayaan bekalan tenaga di Sabah, ia tidak boleh dilakukan dengan mengabaikan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Y.A.B. Perdana Menteri juga memahami bahawa salah satu daripada aset berharga yang dimiliki oleh Sabah ialah daya tarikan alam semulajadinya yang masih terpelihara. Sementara Sabah perlu meningkatkan bekalan tenaga untuk memenuhi keperluan pembangunan, kita tidak boleh mengambil sebarang risiko kepada alam semula jadi.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, sememangnya menjadi keutamaan kita untuk melindungi dan memelihara kelestarian alam semulajadi demi kesejahteraan rakyat. Kita mesti melindungi khazanah ini khususnya alam semulajadi kita kerana ia merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada sektor pelancongan negeri.

Pertumbuhan aktiviti ekopelancongan dan yang berbentuk nature adventure bergantung kepada sejauh mana kita dapat memelihara khazanah alam semulajadi dan tidak mendedahkannya kepada sebarang risiko.

Saya sedar bahawa terdapat bantahan terhadap cadangan pembinaan loji arang batu. Pada hari ini terbukti bahawa segala bantahan tersebut telah diberi perhatian yang sewajarnya.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Y.A.B. Perdana Menteri adalah kerajaan yang sentiasa mendengar suara dan merasai denyutan nadi rakyat. Kita mempunyai keazaman dan iltizam politik (political will) yang tinggi dalam membuat keputusan yang bukan mudah, iaitu untuk tidak membina loji arang batu di Sabah. Kita sentiasa melaksanakan pendekatan seimbang dan mapan dalam memacu pembangunan.

Kerajaan BN juga menyedari bahawa keperluan tenaga di Sabah perlu dipenuhi bagi memastikan kesinambungan pembangunan di seluruh negeri termasuk di kawasan Pantai Timur, yang kerap mengalami kekurangan tenaga.

sumber: http://www.sabah.gov.my/press/docs/2011001723.htm

***

25 comments:

Anak Sabah said...

Terima kasih kerana memandang berat terhadap kemahuan rakyat.

Jason said...

This is what i called, "people first".

Paquin said...

Saya yakin pasti ramai pihak yang gembira dengan keputusan ni.

madd said...

keputusan yang dibuat adalah seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Paquin said...

So macam inilah baru namanya rakyat diutamakan. Setiap keluhan rakyat harus diambil kira bagi memastikan setiap perkara yang dibuat disenagi ramai.

madd said...

baguslah jika alam sekitar kita dapat dipelihara dengan sebaiknya.

Paquin said...

Semoga tenaga alternatif yang dibangunka itu nanti dapat menaggani masalah b/out di negeri ini.

Paquin said...

selepas ni harap takda pihak lagi yang cuba mempolitikan isu coal plant utk kepentingan diri sendiri.

Paquin said...

Semoga alam sekitar dan keindahan sabah kekal terpelihara:)

Mohd Ishak said...

Nasib baik kerajaan Sabah sanggup mendengar pandangan rakyat.

Anonymous said...

sebelum ini pembinaan janakuasa arang batu mmg byk diprotes oleh rakyat dan akhirnya kerajaan mendengar juga suara rakyat untuk tidak membina janakuasa arang batu. nampaknya kerajaaan juga mendengar pendapat dari rakyat.

Anonymous said...

loji arang batu dibatalkan kerana kesannnya terhadap alam sekitar, penggunaan sumber alternatif iaitu gas adalah lebih bersikap mesra alam. ia mmg sesuai digunakan.

Unknown said...

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada PM kita kerana memberikan prihatin dengan masalah kekurangan tenaga elektrik dengan membina tenaga alteratif yang menggunakan Gas, kerana ini lebih mesra alam berbanding dengan loji penjana kuasa arang batu yang boleh mencemarkan dan memusnahkan alam kita. Terima kasih sekali lagi kepada kerajaan kita, kerajaan negeri dan persekutuan kerana membatalkan projek jana kuasa arang batu.

Sanih Alias said...

Inilah dia rakyat didahulukan..semoga kerajaan akan terus mendengar masalah rakyat. Bantahan dan sebagainya oleh rakyat adalah untuk kebaikkan kita sendiri. selama beberapa tahun baru sekarang keputusan muktamad tentang arang batu ini. Keputusan yang mengembirakan penduduk kawasan berkenaan.

mike said...

kerja keras selama ini akhirnya mendapat bayaran yang sepatutnya..terima kasih..

mike said...

keputusan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dan mendengar suara rakyat.

mike said...

keputusan ini juga membolehkan keindahan semulajadi di sabah akan terus dipelihara untuk diwarisi generasi akan datang.

mike said...

diharap selepas ini, tiada pihak yang akan mempolitikkan isu ini lagi kerana keputusan muktamad sudah dilakukan.

mike said...

diharap juga masalah tenaga elektrik di sabah akan diselesaikan segera..saya percaya kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk rakyat selari dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

nickko said...

tidak sia2 protes yang dibuat oleh rakyat dan badan2 NGO serta ahli2 politik sebelum ini. sebagai sebuah kerajaan, semestinya menjadi tanggungjawab pemimpin dalam sesebuah kerajaan mempertimbangkan suara rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakan apa sahaja projek pembangunan.

nickko said...

rakyat patut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutamanya Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah atas keperihatinan mereka bukan sahaja untuk tidak membina loji janakuasa arang batu di Sabah, malah keperihatinan mereka dalam melindungi dan memelihara kelestarian alam semulajadi demi kesejahteraan rakyat.

Sanih Alias said...

Satu keputusan yang bijak dari Perdana menteri dan Ketua Menteri kita. Memang Loji janakuasa arang batu bukan pilihan yang baik untuk Sabah. Alternatif baru ialah menjanakuasa mengunakan GAS. Apa pun harap kajian perlu dilakukan bagi memastikan tidak menjejaskan kawasan sekitarnya.

onong said...

Tahniah dan semoga rancangan ini akan kekal sampai bila2.

Nemia said...

Kudos to the governments.

Velove said...

Keputusan ini memang baik untuk semua.